Nama : Mohammad Sabillah Bin Mohd Fadli

Umur : 13 Tahun

Tarikh Lahir : 7 Disember 2005

Latar belakang

Mohammad Sabilla sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet dalam usaha beliau untuk menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru beliau. Mohammad Sabillah telah pandai untuk mengendalikan media social yang beliau layari serta beliau kini sudah boleh mengajar rakan-rakan sebayanya untuk mendaftar akaun social facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mohammad Sabillah sukar untuk mendapatkan kemudahan komputer kerana cyber kafe terletak dikawan bandar. Beliau juga tidak tahu untuk menggunakan Microsoft office serta media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Permatang Sg. manik, Mohammad Sabillah kini telah memiliki facebook, Instagram dan whatsapp, emel sendiri yang dapat mempromosikan menigkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau.

Nama : Raja Haza Binti Raja Idris

Umur : 34 Tahun

Tarikh Lahir : 6 Disember 1984

Latar belakang

Pn. Raja Haza telah menjadi penasihat kecantikan Selama hampir 4 tahun. Beliau juga turut menjual pelbagai jenis barangan daripada keluaran Marry Kay. Beliau mempromosikan barangan tersebut menerusi facebook, instagram whatapps dan jualan langsung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dianggarkan dalam 15 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Permatang Sg. manik, Pn. Raja Haza kini telah memiliki facebook, Instagram dan whatapss, emel sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Daerah Hilir Perak yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1600 – RM3000.

Nama : Zuraihan Binti Shamsudin

Umur : 38 Tahun

Tarikh Lahir : 21 Mei 1980

Latar belakang

Pn. Zuraihan merupakan seorang usahawan yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan aneka biskut dan kek moden. Pada mulanya Pn. Zuraihan menjual aneka biskut ini hanya sewaktu musim-musim perayaan dan perniagaan ini pada mulanya hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sahaja. Tetapi kini Pn. Zuraihan telah menjadikan hobi menjual aneka biskut dan kek ini sebagai sumber pendapatan tetap. Pn. Zuraihan telah melibatkan diri selama lebih kurang 8 tahun di dalam perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 5 tahun, Pn. Zuraihan hanya menjual secara offline. Pembeli biskut dan kek Pn. Zuraihan hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Jualan Pn. Zuraihan tidak berapa memberangsangkan. Pn. Zuraihan juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan aneka biskut dan kek yang di hasilkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Zuraihan banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Zuraihan hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Zuraihan juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di PI.

Nama : Muhammad Rizal Asmawie Bin Baharin Tahir

Umur : 16 Tahun

Tarikh Lahir : 21 April 2002

Latar belakang

Rizal merupakan pelajar SMK Sungai Manik yang kurang kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Rizal. Rizal tidak dapat menghabiskan silibus serta mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rizal bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Rizal menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Rizal juga terhad. Rizal tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan lain-lain dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PI, Rizal  dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Rizal menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di PI sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.

Nama : Nur Fatihah Binti Mohd Yusof

Umur : 24 Tahun

Tarikh Lahir : 2 Julai 1993

Latar belakang

Pn. Fatihah merupakan seorang jururawat yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan sebagai pembekal dan pengedar produk kesihatan . Pada mulanya Pn. Fatihah hanyalah seorang dropship iaitu jualkan barang orang lain secara offline dan mendapat komisyen. Tetapi kini Pn. Fatihah telah menjadi seorang pembekal dengan menjual produk-produk kesihatan dengan belian secara pukal, sebagai sumber pendapatan sampingan. Pn. Fatihah telah melibatkan diri selama lebih kurang dua tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk produk-produk kesihatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. Fatihah hanya menjual secara offline. Pembeli produk Pn. Fatihah hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga sahaja. Jualan Pn. Fatihah tidak berapa memberangsangkan. Pn. Fatihah juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Fatihah banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Fatihah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Fatihah juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di PI.