Nama : Noor Zehan Binti Shafiee

Umur : 17 Tahun

Tarikh Lahir : 27 Febuari 2003

Latar belakang

Zehan merupakan pelajar SMK Sungai Manik yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Zehan . Zehan tidak dapat menyiapkan kerja projek sewaktu di sekolah rendah dahulu, disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Qistina tidak dapat mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya menggunakan komputer disekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Zehan bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Zehan menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Zehan juga terhad. Zehan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Zehan dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Zehan menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak