Nama : Qistina Arissa Binti Anuar

Umur : 17 Tahun

Tarikh Lahir : 11 Disember 2003

 

Latar belakang

Qistina merupakan pelajar SMK Sungai Manik yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Qistina . Qistina tidak dapat menyiapkan kerja projek sewaktu di sekolah rendah dahulu, disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Qistina tidak dapat mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya menggunakan komputer disekolah sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Qistina bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Qistina menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Qistina juga terhad. Qistina tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Qistina dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Qistina menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak.