Nama : Nurul Diyana Binti Ismail

Umur : 22 Tahun

Tarikh Lahir : 19 Mei 1998

Latar belakang

Cik Diyana merupakan seorang lepasan graduan, beliau mula berniaga kecil-kecilan sejak tahun 2017. Beliau menjual barang-barang aksesori ini disekitar kawasan Sungai Manik . Pada mulanya Cik Diyana hanyalah seorang peniaga gerai di gerbang malam, tetapi kini telah meluaskan perniagaan beliau dengan menggunakan beberapa platform di internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 2 tahun, Cik Diyana hanya menjual secara offline untuk semua produk-produk yang beliau jual di gerai gerbang malam Teluk Intan. Para pembeli produk beliau hanya terhad kepada pengunjung yang datang ke gerai serta kenalan dan saudara-mara sahaja. Jualan beliau tidak berapa memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Cik Diyana telah menggunakan peluang di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet yang sangat pantas. Sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, dapat menggunakan sepenuhnya komputer daninternet untuk melakukan promosi secara dalam talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Kelas komputer dan keusahawanan untuk mempromosikan produk-produk beliau.
  • Memuat naik produk beliau di dalam aplikasi Myshop, Facebook serta terbaharu Shopee

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membantu Cik Diyana mempromosikan barangan jualan beliau di PI serta di applikasi Myshop.