Nama : Nur Wahida Binti Zahirruddin

Umur : 14 Tahun

Tarikh Lahir : 1 April 2004

Latar belakang

Wahida merupakan pelajar SMK Sungai Manik yang kurang kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Wahida. Wahida tidak dapat menghabiskan silibus serta mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Google Classroom disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Wahida bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Wahida menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Wahida juga terhad. Wahida tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan lain-lain dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Wahida dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Wahida menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.