Nama : Nurul Elmi Binti Kordi

Umur : 39 Tahun

Tarikh Lahir : 26 Januari 1981

Latar belakang

Pn. Elmi merupakan seorang suri rumah yang baru melibatkan diri di dalam bidang perniagaan sebagai perusaha kedai butik kecantikan. Pada mulanya Pn. Elmi hanyalah berniaga hanya di kedai sahaja, menunggu pelanggan untuk datang membeli di kedai beliau. Tetapi kini Pn. Elmi telah menjadi seorang usahawan dengan menjual pelbagai jenis produk-produk kecantikan dan pakaian. Pn. Elmi telah melibatkan diri selama lebih kurang lima tahun di dalam industri ini dan belum mempunyai pelanggan tetap di kedainya Tetapi Pn Elmi tetap tidak putus asa dengan apa yang beliau telah usahakan selama ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. Elmi hanya menjual secara offline untuk semua produk-produk kecantikan dan pakaian yang beliau jual. Para pembeli produk Pn. Elmi hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga dan beliau menjual produk-produk ini hanya di kedainya sahaja. Jualan Pn. Elmi tidak berapa memberangsangkan. Pn. Elmi juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk-produk yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Elmi sering datang ke PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Elmi hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, telah mampu untuk melakukannya sendiri.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Kelas marketing untuk mempromosikan produk-produk kecantikan dan pakaian muslimah beliau.
  • Memuat naik produk beliau di dalam aplikasi MYshop

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membantu Pn. Elmi mempromosikan barangan jualan beliau di PI serta di applikasi MYSHOP.